UMPAN HIDUP

UMPAN HIDUP

  Umpan hidup adalah antara umpan yang sangat popular dan digemari oleh pemancing-pemancing sekitar Pedalaman Sabah. Bagi saya, pengertian umpan hidup ini adalah umpan yang mentah, tidak dimasak dan masih hidup. 
  Umpan hidup sebenarnya dapat dikategorikan kepada dua iaitu umpan mentah (mati) dan umpan masih bernyawa

Umpan Mentah

 Umpan mentah atau mati sebenarnya tidak begitu berkualiti berbanding umpan yang masih bernyawa. Namun umpan ini sangat efektif terutama bahagian tepi kolam dan kurang sesuai jika dilemparkan ke tengah kolam. 
  Umpan ini senang dibawa kemana-mana kerana hanya memerlukan bekas untuk penyimpanan. Pengudaraan tidak diperlukan.

Umpan masih bernyawa

  Umpan yang masih bernyawa memerlukan pengudaraan. Umpan ini sangat efektif di mana-mana sahaja ruang sama ada bahagian tepi atau tengah kolam.Penjagaan umpan hidup ini agak rumit sedikit kerana memerlukan pengudaraan (pam udara) dan ruang yang luas (saiz bekas). Sebenarnya pam udara bukan membekalkan oksigen  tetapi menghasilkan kocakan pada permukaan air dan oksigen terlarut dalam pergerakan air tersebut. Disamping itu, bilangan umpan pada sesuatu bekas bergantung kepada saiz bekas tersebut. 

Berikut adalah perkongsian umpan hidup yang pernah saya guna:
Jom kita lihat gambar-gambar dan ikan sasaran yang boleh ditewaskan.




Kesemua umpan hidup yang disenaraikan:
1. Ikan (Basung, anak ikan Haruan, Bilis dan Putian)
2. Cacing Kalung
3. Lipas
4. Cengkerik
5. Udang Sungai
6. Cacing Tanah
7. Katak
8. Belalang
9. Ulat Sagu

1 comment:

  1. http://umpankolampancing.blogspot.my/
    admin menukarkan blog ini dengan laman web baru.. copy paste url diatas.

    ReplyDelete