Jika dibandingkan dengan umpan-umpan yang lain, umpan dedak menjadi pilihan terutama kolam yang membataskan penggunaan umpan. Bagi sekitar Semenanjung Malaysia, umpan seumpama ini sangat digemari dan menjadi umpan paling utama ketika menyertai mana-mana pertandingan.
Kos penyediaan umpan dikatakan agak mahal berbanding umpan-umpan yang lain. Umpama makin mahal makin berbaloi. Kadang-kadang umpan dedak boleh mencecah RM100.00 terutama pengemar-pengemar umpan tersebut.
Terdapat beberapa jenis dedak yang boleh digunakan bergantung kepada perisa dan ikan sasaran yang diburu. Pengemar-pengemar dedak selalunya lebih suka mencampurkan sekurang-kurangnya 2 jenis dedak untuk kesesuaian kolam.
Jika dedak yang digunakan terlalu wangi dan menyengat, santapan ikan selalunya tidak menjadi. Begitu juga jika dedak yang dihasilkan terlalu masam atau sangat berbau. Ikan buruan juga sangat cerewet untuk membuka mulut membaham dedak seperti ini apa lagi jika sesebuah kolam yang dibuka setiap hari.
Ikan juga merasa muak jika umpan dedak tidak diubah resepi dan sering digunakan pada jangka masa yang lama. Umpan dedak ini sering digunakan untuk memburu ikan jenis carp, tongsan dan ikan patin.
Ikan keli juga dapat dinaikkan menggunakan umpan dedak bergantung kepada campuran-campuran dalam dedak. Dedak yang saya paparkan pada gambar dibawah merupakan antara dedak yang saya sering gunakan untuk menumpaskan ikan keli sekitar 1kg sehingga 3kg. Umpan tersebut dinamakan umpan Dedak KTP (Kaki Tangan Pancing).
DEDAK KTP
Ikan sasaran: Keli
Ikan yang berjaya dinaikkan: Keli, Patin, Baung dan Talapia
Bahan-bahan:
- Tepung
- Daging ayam
- Dedak ayam
- Dedak ikan
Cara-cara membuat:
- Campurkan tepung, dedak ayam dan dedak ikan.
- Tuangkan sedikit air didihan ayam rebus.
- Gaulkan campuran sehingga sebati.
- Daging ayam yang telah direbus dipotong halus(dadu pun boleh).
- Masukkan potongan ayam tersebut kedalam campuran dedak yang sudah sebati.
- Gaulkan sekali lagi sehingga rata.
- Masukkan kedalam bekas dan umpan Dedak KTP bolrhlah digunapakai.
- Dedak KTP lebih berkesan sekiranya diperam selama 3 hari sebelum digunakan.
Selamat mencuba.
Tepung ape?
ReplyDeleteSukatan mcm mn bro
ReplyDeleteSukatan mcm mn bro
ReplyDeleteSukatan mcm mn bro
ReplyDeletemaaf kerana ramai yang tertanya2. sy sedang berusaha untuk sign in tapi saya tidak dapat masuk blog. sy akan reply semua setelah saya berjaya sign dalam blog ini. minta maaf sekali lagi
ReplyDeletehttp://umpankolampancing.blogspot.my/
ReplyDeleteadmin menukarkan blog ini dengan laman web baru.. copy paste url diatas.
Mau tanya sukatan...
ReplyDeleteBos ada yg sda ready made kah? Saya d sekitar keningau saja..013-8999758
ReplyDeleteD mna mau dpt dedak ayam dan ikan?
ReplyDeleteBos ada yg sda ready made kah? Saya d sekitar keningau saja..013-8999758
ReplyDeleteTerbaik...kos pon xsampai rm100
ReplyDeleteDedak ayam ni serbuk kah tuan
ReplyDeleteTerbaik bos
ReplyDelete👌👌👍👍
ReplyDelete