Monday 12 January 2015

Selamat Datang Ke Blog UMPAN KOLAM




  Idea ini secara tiba-tiba timbul dalam ruang kotak pemikiran saya memandangkan penggunaan umpan pada kali pertama mengikuti game yang dianjurkan oleh Penggerak Utama pertandingan memancing Kolam Siba iaitu Tuan Pyan (sebelum ini) dan lanjutan daripada menyertai test umpan dan pertandingan kali kedua pemilik Kolam D'sebrangTuan  Zack. Disamping berjalan-jalan mencari tempat memancing di kawasan Melalap bersama-sama dengan Haneep, kami berdua menjumpai 2 buah kolam, Kolam Blues Jaw Anglers (Tuan Rizal) dan Kolam Wild Anglers (Tuan Sabdin). Sehinggalah game besar anjuaran Kolam Kisaging  di bawah naungan Pengasas Pertandingan, Tuan Besar Pyan dan Kolam Rekreasi Kapayan, Tuan Vincent.
   Kegiatan aktiviti memancing banyak membantu saya untuk membina blog seumpama ini sehinggalah kepada tarikh-tarikh game memancing di kawasan Pedalaman Sabah. Setakat ini, saya cuba mencari maklumat setiap game namun kadang-kala saya termiss dengan beberapa game sekitar Daerah Keningau dan Tenom (kadang-kadang miss sebab tiada bujet.. hehehe) kerana ketidaksampaian iklan game kepada para pemancing. 
    Jadi, saya dengan itu sangat berbesar hati sedaya upaya mengumpul maklumat mana-mana game dan kolam kemudian disatukan menjadi sebuah blog sebagai tatapan dan rujukan para pemancing khasnya agar mereka (dan saya juga) dapat merancang perjalanan dalam mengikuti aktiviti pemancingan. 
    Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan blog ini untuk kelangsungan blog terus kekal dan maju agar dapat menyatukan kesemua pemancing dari seluruh pelusuk pedalaman Sabah. Seterusnya, memartabatkan aktiviti memancing sebagai aktiviti sihat dan mengeratkan hubungan antara sesama. Sekian Terima kasih.
SALAM STRIKE 
DARIPADA GROUP KTP!!!